Sunday, September 21, 2003
Found one article about Akademi Fantasia :-/
Akademi Fantasia - Akademi Maksiat?
Merujuk kepada tajuk utama ruangan SENI dalam akhbar Utusan Melaysia bertarikh 22.7.2003 iaitu rencana bertajuk "Akademi Fantasia-Penonton Semakin Emosi" oleh Rosli Manah. Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat berdasarkan rencana akhbar tersebut ialah kekecewaan kebanyakan penonton-penonton mengenai undian secara sms yang dibuat oleh penonton-penonton di rumah.
Saya tidak mampu memberikan komen yang panjang lebar berkenaan undi sms yang dipertikaikan tersebut memandangkan sebenarnya saya memilih untuk kurang prihatin tentang pertandingan tersebut secara keseluruhannya (dan juga apa-apa pertandingan yang seumpama dengannya).
Walau bagaimanapun (akibat tiada pilihan untuk menukar iaran kerana majoriti ahli keluarga memilih untuk menonton siaran ini), hati saya sangat-sangat "tersentuh" menonton rancangan ini terutamanya adegan-adegan emosional di penghujung rancangan ini. Bagi mereka yang berpeluang mengikuti rancangan ini di saluran ASTRO setiap hujung minggu (TIDAK bertujuan mempromosi ASTRO) akan berpeluang melihat adegan-adegan emosional di hujung rancangan iaitu apabila pengacara Akademi Fantasia mengumumkan nama peserta yang telah mendapat undi secara sms yang paling sedikit (tercorot) dan terpaksa dikeluarkan dari pertandingan untuk minggu yang seterusnya. Di antara adegan-adegan "sayu dan memilukan" ialah tangisan-tangisan dan PELUKAN-PELUKAN mengucapkan selamat tinggal dan COMFORTING HUGS & KISSES peserta-peserta lelaki dan wanita dan juga pengacara (termasuk juga para pengkirtik dan guru-guru peserta-peserta yang berada di bawah pentas) yang ditunjukkan SECARA LANGSUNG di hadapan penonton di Pentas Percubaan di sebuah IPTA dan juga penonton di rumah. Seterusnya adegan-adegan "sayu dan memilukan" ini disulami dengan kata-kata memberi semangat agar peserta yang telah terkeluar dari pertandingan tidak berputus asa dan usah terlalu bersedih hati?. Adalah sangat memeranjatkan bagi seorang yang mengakui sebagai Melayu Muslim yang menonton siaran ini untuk kedua kalinya Ahad lalu apabila saya menyaksikan SECARA LANGSUNG lelaki dan perempuan yang KESEMUANYA mempunyai nama yang berbunyi Melayu dan juga berbunyi Muslim (kecuali seorang peserta bukan Islam) BERPELUKAN DAN BERCIUMAN PIPI seperti lagak di Hollywood dalam GRAMMY AWARD atau OSCAR atau rancangan-rancangan hiburan negara-negara barat yang sewaktu dengannya.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah tingkah-laku dan adegan peluk-cium ini dilakukan di hadapan keluarga termasuk ibu dan bapa peserta-peserta yang juga terpaksa saya anggap masih Melayu (dan tetap Muslim) ini.
Apakah sudah hilang rasa MALU DAN SEGAN sehinggakan peserta-peserta termasuklah guru-guru dan pengkritik tanpa segan silu berpeluk cium di antara lelaki dan perempuan sedangkan mereka SEPATUTNYA mengetahui bahawa "sentuhan kulit ke kulit" apalagi peluk cium di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM.
Apakah mungkin kerana contoh sikap "TIDAK APA" ibu-bapa (termasuk ibu bapa dan kaum keluarga peserta-peserta) yang menyaksikan adegan-adegan ini secara langsung di hadapan mata masing-masing yang telah menyebabkan moral anak-anak Melayu (yang dianggap Muslim) kini semakin songsang hari demi hari.
Begitu sekalikah songsangnya nilai diri dan cetek dan hampir tandusnya pemahaman tentang hukum tatasusila sebagai orang Melayu (yang dianggap Muslim) sehinggakan adegan-adegan tersebut tidak lagi dianggap SALAH atau TIDAK SOPAN atau HARAM malahan adegan-adegan peluk-cium tersebut adalah PERKARA BIASA dan NORMAL disaksikan dan dibiarkan seolah-olah ianya BIASA dilakukan setiap hari sesama sendiri tanpa mengira sempadan aurat dan halal-haramnya hubungan lelaki dan perempuan (yang dianggap) Muslim. Tidak terdetikkah di dalam hati ibu-ibu dan kakak-kakak dan adik-adik yang nampaknya bertudung tersebut (lantas menggambarkan bahawa mereka adalah Muslim) bahawa adegan peluk-cium yang ditunjuk secara terang-terangan di hadapan mereka dan secara langsung di dalam televisyen adalah SANGAT TIDAK SOPAN DAN HARAM dan amat memalukan bangsa dan ugama sendiri. Atau sebenarnya tiada istilah "batas hubungan lelaki perempuan yang bukan mahram" dalam kamus hidup mereka?
Jika beginilah sikap "TIDAK APA" para ibu bapa dan keluarga peserta-peserta tersebut yang berbangsa Melayu (yang dianggap Muslim yang beriman) yang menyaksikan adegan peluk-cium di dalam rancangan ini SECARA LANGSUNG DAN DI HADAPAN MATA SENDIRI TAPI MEMBIARKAN DAN MEREDHAINYA, maka tidak perlulah kita menyalahkan rancangan-rancangan barat yang kononnya telah menyebabkan hancur-punahnya akhlak dan moral remaja masa kini kerana sebenarnya ibu-bapa seperti contoh yang ditunjukkan dalam rancangan siaran langsung tersebut, yang telah redha dan membiarkan sahaja anak-anak mereka bebas untuk menyalahi batas hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Apalah sangat mempersoalkan keputusan undi sms yang dikatakan tidak logik dan tidak munasabah tersebut sekiranya masyarakat kita terutama yang Melayu yang mengakui Muslim, merelakan adegan peluk-cium mengucapkan selamat tinggal(comforting hugs and kisses) di antara lelaki dan perempuan yang ditonjolkan secara langsng di hadapan mata masing-masing.
Kemungkinan adegan-adegan tersebut dianggap sebagai "small atau mild hugs and kisses" tapi apakah yardstick yang cuba diletakkan sebenarnya? Apakah nilai keislaman yang berjaya ditonjolkan oleh rancangan ini selain daripada para peserta yang namanya Melayu dan justeru dianggap Muslim itu. Atau sebenarnya adegan peluk-cium dalam rancangan ini sebenarnya membuktikan budaya masyarakat Muslim Malysia yang melayu sama sahaja dengan budaya masyarakat non-muslim yang bukan melayu?
______________________
Terbitan : 21 Ogos 2003
===============================================================
*This is only a reading metarial, no harm.
**For those who do not read Bahasa Malaysia or Malaysia language, im sorry, there is no translation for this article.
***Who is hardworking enough to translate this, will be given credit on my blog :)
****References: taken from - www.tranungkite.net
===============================================================
Posted at 9:23:48 pm by fReaKz
Another sunday sunset ...
I slept at 3:30pm... kinda tired and hot afternoon for SUNDAY! I woke up at 6:30pm, then saw this beautiful sunset at 7:10pm.

Posted at 7:37:13 pm by fReaKz
Woke up at 9:50am, bath then took my breakfast. Clean up part of my room. Then enjoying my time listening to my mp3 & wma collection. I also play my Warcraft III game, just like 1 hours. My streamyx doesnt work again today :( keep getting the Error 678. *mad*

Posted at 2:10:07 pm by fReaKz
Saturday, September 20, 2003
My streamyx is working now :)
Well well well, its working again now. Streamyx is always SICK. Now connecting with it for 2 hours 35 minute with 10.0 Mbps, which is fast enough. Rather than using the 1515 by TMNet. Hopefully it working all time starting from now.
Posted at 5:43:37 pm by fReaKz
I woke up early around 10 am today. Took my bath, and clean up my room. Then go for breakfast - porridge. I login to the internet at 11:15am. I was very sad today. Someone leaving me today without saying 1 word. I was suprised, found out a note telling that someone will be around. I don't know how to express my feeling. I just keep that note for myself. :(
Posted at 11:49:55 am by fReaKz
Friday, September 19, 2003
A song lyric by someone to me ..

Telah kulakukan semuanya kasih
Telah kukorbankan segalanya
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan
Ku tahu kau tak pernah setia
Ku tahu diriku tak bererti
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi air mata ini mengalir
Kau tetap di hati ini
Cintamu tetap di hati
Selagi ku mampu bertahan kekasih
Jangan sampai cinta tiada lagi
Jika memang cinta tiada lagi
Tinggalkan aku sendiri...
Tinggalkan cintamu kasih...
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi ku mampu bertahan kasih
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana...
================================================================
Sincere reply,
To that someone, you know who you are - thanks for the lyric (Song by Ning Baizura), i understand how you feel, and I try to be best. If you're happy, then im happy too :)
================================================================
Posted at 4:38:54 pm by fReaKz
Thursday, September 11, 2003
Thursday morning in APIIT...
Posted at 7:30:08 pm by fReaKz
Sunday, August 31, 2003
Malaysia Independent Day - 46 years!
Bravo to Malaysia and congratulation for 46 years being Merdeka! Im proud to be Malaysian :)
Posted at 8:35:31 pm by fReaKz
Saturday, August 30, 2003
Posted at 7:33:09 pm by fReaKz
Thursday, August 14, 2003
Great sunset from my room.
Today, i spend alot of my time in room. Suddently i look out from my room window and see the great view some part of KL around 7pm (from my room).

Posted at 3:27:03 pm by fReaKz