|
Akademi Fantasia - Akademi Maksiat?Merujuk kepada tajuk utama ruangan SENI dalam akhbar Utusan Melaysia bertarikh 22.7.2003 iaitu rencana bertajuk "Akademi Fantasia-Penonton Semakin Emosi" oleh Rosli Manah. Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat berdasarkan rencana akhbar tersebut ialah kekecewaan kebanyakan penonton-penonton mengenai undian secara sms yang dibuat oleh penonton-penonton di rumah. Saya tidak mampu memberikan komen yang panjang lebar berkenaan undi sms yang dipertikaikan tersebut memandangkan sebenarnya saya memilih untuk kurang prihatin tentang pertandingan tersebut secara keseluruhannya (dan juga apa-apa pertandingan yang seumpama dengannya). Walau bagaimanapun (akibat tiada pilihan untuk menukar iaran kerana majoriti ahli keluarga memilih untuk menonton siaran ini), hati saya sangat-sangat "tersentuh" menonton rancangan ini terutamanya adegan-adegan emosional di penghujung rancangan ini. Bagi mereka yang berpeluang mengikuti rancangan ini di saluran ASTRO setiap hujung minggu (TIDAK bertujuan mempromosi ASTRO) akan berpeluang melihat adegan-adegan emosional di hujung rancangan iaitu apabila pengacara Akademi Fantasia mengumumkan nama peserta yang telah mendapat undi secara sms yang paling sedikit (tercorot) dan terpaksa dikeluarkan dari pertandingan untuk minggu yang seterusnya. Di antara adegan-adegan "sayu dan memilukan" ialah tangisan-tangisan dan PELUKAN-PELUKAN mengucapkan selamat tinggal dan COMFORTING HUGS & KISSES peserta-peserta lelaki dan wanita dan juga pengacara (termasuk juga para pengkirtik dan guru-guru peserta-peserta yang berada di bawah pentas) yang ditunjukkan SECARA LANGSUNG di hadapan penonton di Pentas Percubaan di sebuah IPTA dan juga penonton di rumah. Seterusnya adegan-adegan "sayu dan memilukan" ini disulami dengan kata-kata memberi semangat agar peserta yang telah terkeluar dari pertandingan tidak berputus asa dan usah terlalu bersedih hati?. Adalah sangat memeranjatkan bagi seorang yang mengakui sebagai Melayu Muslim yang menonton siaran ini untuk kedua kalinya Ahad lalu apabila saya menyaksikan SECARA LANGSUNG lelaki dan perempuan yang KESEMUANYA mempunyai nama yang berbunyi Melayu dan juga berbunyi Muslim (kecuali seorang peserta bukan Islam) BERPELUKAN DAN BERCIUMAN PIPI seperti lagak di Hollywood dalam GRAMMY AWARD atau OSCAR atau rancangan-rancangan hiburan negara-negara barat yang sewaktu dengannya. Apa yang lebih memeranjatkan ialah tingkah-laku dan adegan peluk-cium ini dilakukan di hadapan keluarga termasuk ibu dan bapa peserta-peserta yang juga terpaksa saya anggap masih Melayu (dan tetap Muslim) ini. Apakah sudah hilang rasa MALU DAN SEGAN sehinggakan peserta-peserta termasuklah guru-guru dan pengkritik tanpa segan silu berpeluk cium di antara lelaki dan perempuan sedangkan mereka SEPATUTNYA mengetahui bahawa "sentuhan kulit ke kulit" apalagi peluk cium di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM. Apakah mungkin kerana contoh sikap "TIDAK APA" ibu-bapa (termasuk ibu bapa dan kaum keluarga peserta-peserta) yang menyaksikan adegan-adegan ini secara langsung di hadapan mata masing-masing yang telah menyebabkan moral anak-anak Melayu (yang dianggap Muslim) kini semakin songsang hari demi hari. Begitu sekalikah songsangnya nilai diri dan cetek dan hampir tandusnya pemahaman tentang hukum tatasusila sebagai orang Melayu (yang dianggap Muslim) sehinggakan adegan-adegan tersebut tidak lagi dianggap SALAH atau TIDAK SOPAN atau HARAM malahan adegan-adegan peluk-cium tersebut adalah PERKARA BIASA dan NORMAL disaksikan dan dibiarkan seolah-olah ianya BIASA dilakukan setiap hari sesama sendiri tanpa mengira sempadan aurat dan halal-haramnya hubungan lelaki dan perempuan (yang dianggap) Muslim. Tidak terdetikkah di dalam hati ibu-ibu dan kakak-kakak dan adik-adik yang nampaknya bertudung tersebut (lantas menggambarkan bahawa mereka adalah Muslim) bahawa adegan peluk-cium yang ditunjuk secara terang-terangan di hadapan mereka dan secara langsung di dalam televisyen adalah SANGAT TIDAK SOPAN DAN HARAM dan amat memalukan bangsa dan ugama sendiri. Atau sebenarnya tiada istilah "batas hubungan lelaki perempuan yang bukan mahram" dalam kamus hidup mereka? Jika beginilah sikap "TIDAK APA" para ibu bapa dan keluarga peserta-peserta tersebut yang berbangsa Melayu (yang dianggap Muslim yang beriman) yang menyaksikan adegan peluk-cium di dalam rancangan ini SECARA LANGSUNG DAN DI HADAPAN MATA SENDIRI TAPI MEMBIARKAN DAN MEREDHAINYA, maka tidak perlulah kita menyalahkan rancangan-rancangan barat yang kononnya telah menyebabkan hancur-punahnya akhlak dan moral remaja masa kini kerana sebenarnya ibu-bapa seperti contoh yang ditunjukkan dalam rancangan siaran langsung tersebut, yang telah redha dan membiarkan sahaja anak-anak mereka bebas untuk menyalahi batas hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Apalah sangat mempersoalkan keputusan undi sms yang dikatakan tidak logik dan tidak munasabah tersebut sekiranya masyarakat kita terutama yang Melayu yang mengakui Muslim, merelakan adegan peluk-cium mengucapkan selamat tinggal(comforting hugs and kisses) di antara lelaki dan perempuan yang ditonjolkan secara langsng di hadapan mata masing-masing. Kemungkinan adegan-adegan tersebut dianggap sebagai "small atau mild hugs and kisses" tapi apakah yardstick yang cuba diletakkan sebenarnya? Apakah nilai keislaman yang berjaya ditonjolkan oleh rancangan ini selain daripada para peserta yang namanya Melayu dan justeru dianggap Muslim itu. Atau sebenarnya adegan peluk-cium dalam rancangan ini sebenarnya membuktikan budaya masyarakat Muslim Malysia yang melayu sama sahaja dengan budaya masyarakat non-muslim yang bukan melayu? =============================================================== *This is only a reading metarial, no harm. **For those who do not read Bahasa Malaysia or Malaysia language, im sorry, there is no translation for this article. ***Who is hardworking enough to translate this, will be given credit on my blog :) ****References: taken from - www.tranungkite.net =============================================================== |
| awai February 3, 2006 10:23 PM PST alhamdulillah sy dberi petunjuk olehNYA tq saudaraku krn masih ada lg insan yg prihatin dgn islam | ||
| syumiz October 13, 2005 01:16 PM PDT biasa la manusia akhir zaman mereka takkan kenal halal haram dah.tapi kita sesama islam wajib berpesan kepada kebaikan kepada yang memperjuangkan kesucian agama islam teruskan perjuangan murni anda,kini cabaran kita lebih kuat kerana orang islam sendiri menentang hukum islam..TEGAKKAN AGAMA NABI KITA MUHAMMAD SAW.... | ||
| syumiz October 13, 2005 01:15 PM PDT biasa la manusia akhir zaman mereka takkan kenal halal haram dah.tapi kita sesama islam wajib berpesan kepada kebaikan kepada yang memperjuangkan kesucian agama islam teruskan perjuangan murni anda,kini cabaran kita lebih kuat kerana orang islam sendiri menentang hukum islam..TEGAKKAN AGAMA NABI KITA MUHAMMAD SAW.... | ||
| pening May 23, 2005 05:01 PM PDT Assalamualaikum... Membaca komen kalian membuat saya tergelak. Yang tahu hukum, perlukah terlalu kasar? Yang tidak tahu hukum, perlulah begitu sinis jika benar hukum telah tersedia, alasan yang maha kukuh pun tidak mampu menahan balasan tuhan. Malah minda yang mencipta alasan itu yang akan menerima balasannya dulu. Allah berfirman, maksudnya : "Kadang-kandang kamu menyukai sesuatu sedangkan is memudaratkan kamu. Dan kadang-kadang kamu mebenci sesuatu sedangkan ia adalah yang terbaik buatmu." Rasulullah pula bersabda, "sesungguhnya diam itu adalah yang terbaik bagi yang tidak mengetahui." Kepada semua insan yang berilmu, sebarkanlah ilmu anda dengan hikmah dan bukan kejian, kerana kejian itu yang menjauhkan insan dari islam. Kepada yang tidak berilmu, terimalah ilmu yang disebarkan dengan hati dan minda terbuka. InsyaALLAH akan membantu anda menjadi insan yang lebih sempurna. Rasulullah bersadba, ertinya : "Jika seseorang yang tidak kamu sukai berkata sesuatu kebenaran kepadamu, terimalah kata-katanya tanpa melihat kepada orangnya." Wallhua'lam. | ||
| Amin March 27, 2005 06:29 PM PST Firman Allah : "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesunggunya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat 13). Jika kedudukan suatu perkara itu telah jelas, tidak ada kesamaran, hatta dalam kesamarannya pun (syubhah) maka kewajipan kita ialah mengikut dan taat menurut perintah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabda Baginda: Maksudnya: "Daripada Abu Abdullah bin An-Nu‘man bin Basyir Radhiallahu ‘anhuma, katanya: "Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (juga) jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (belum diketahui halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang syubhah itu, samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya (daripada kata nista orang lain). Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan tergelincir ke dalam perkara haram pula, laksana seorang pengembala yang sedang mengembala di sekitar tempat larangan, akhirnya lalai, lalu memasuki tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja itu, ada tempat larangannya dan tempat larangan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah bahawa pada setiap jasad itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Ia itulah hati". (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) | ||
| =echo= March 23, 2005 12:50 PM PST Hmm.. knp ada yg kata bahawa apa yg dikomen tu salah? knp dikatakan yang haram itu,tak boleh itu dan tak boleh ini, kolot? sebab.. mereka sendiri melakukannya.. yang baking tu, seolah-olah tempias kutukan itu mengenai diri mereka sendiri.. katanya 'open minded'.. tapi kenapa soal agama itu perlu di 'close minded' kan? kenapa? terpulang kepada mereka2 yang sudah cukup bagus dikatakan pemikir... fikirkan dan renungkan sementara anda masih boleh.. | ||
| Namepeminat akademi fantasia August 6, 2004 02:29 PM PDT Harap-haraplah konsert akhir Af2 akan lebih meriah!!!Bagi pengundi-pengundi diluar sana, undilah peserta yang betul-betul berbakat.Bagi saya, semua pelajar AF2 ada bakat masing-masing. For example,Kaer dan Adam mempunyai persembahan dan vokal yang cukup mantap...begitu juga dengan Farah, Mas, Bob dan Zahid...they all have their own talent and has a GOOD voice...tak sabar nak tengok siapa yang bakal menggantikan tempat dan menjejaki langkah Vince, Khai dan Azizi....adakah Kaer, Adam,Mas, Bob, Zahid atau Farah...sama-sama kita nantikan juga siapa yang akan tersingkir pada minggu ke-9 ini....SEMOGA BERJAYA TO ALL AF2 STUDENTS...!!!!! | ||
| Name August 5, 2004 12:11 PM PDT SEMUANYA ADA BAKAT MASING2. | ||
| TamingSari July 18, 2004 02:27 PM PDT ...nak meninjau lebih lanjut?...sla ke website ini... | ||
| abgel_babyz July 3, 2004 05:55 PM PDT hi guyz...saya tak ada nak komen tapi korang ni ketinggalan zaman ke? sepatutnya korang komen pasal akademi fantasia tahun 2004 punya tapi yg korang ni ketinggalan zaman apasal? yg dah lepas tu lepaslah tak payah nak diungkit.... | ||
| Name May 4, 2004 06:22 PM PDT Langsung tak masuk akal. Korang ni dari zaman apa ni??? Kalau tak tahan tengok diorang bersentuhan, siapa suruh tengok. Kalau beria-ia sangat perempuan pun tak boleh menanyi. Kenapa ramai perempuan yang menyanyi sekarang?? Bantah awal-awal lagi kenapa sekarang baru nak bantah??? Yang komen banyak-banyak tu dah alim sangat ke??? Ambil cermin sebesar mungkin kemudian cermin diri sendiri. | ||
| Name May 4, 2004 06:22 PM PDT Langsung tak masuk akal. Korang ni dari zaman apa ni??? Kalau tak tahan tengok diorang bersentuhan, siapa suruh tengok. Kalau beria-ia sangat perempuan pun tak boleh menanyi. Kenapa ramai perempuan yang menyanyi sekarang?? Bantah awal-awal lagi kenapa sekarang baru nak bantah??? Yang komen banyak-banyak tu dah alim sangat ke??? Ambil cermin sebesar mungkin kemudian cermin diri sendiri. | ||
| mr redzuan May 3, 2004 12:39 PM PDT alah sporting la beb...kita idup sementara jerr kan...kene lah enjoy jgn jadi kolot beb | ||
| Name:peminat A.Fantasia May 2, 2004 07:51 PM PDT Hai!! Saya memang meminati rancangan Akademi Fantasia dan pelajar-pelajar A.Fantasia terutamanya Adi, Vince,Khai,Nana dan juga Rosma....Anyway....saya nak ucapkan tahniah pada Adi yang memenangi kategori pelajar paling ceria di AF,Khai bagi kategori pelajar paling cool & sporting,Liza untuk pelajar paling menyerlah dan Nana bagi pelajar paling emotional...tahniah!!!!Anyway...nak komen sikit...apa salahnya pelajar-pelajar AF tu berpeluk antara satu sama lain....bukanya ada apa-apa pun!!Mereka bukanya OVER SANGAT pun...kau oang tu janganlah fikir yang negatif terhadap pelajar-peljar AF...mereka tahulah apa yang mereka buat...kalau tak minat AF ,janganlah kutuk pelajar-pelajarnya.....TAK BAIK MENGATA ORANG!!!! | ||
| lilo April 22, 2004 10:59 AM PDT jangan jaga tepi kain oranglah. suka hati merekalah apa mereka nak buat | ||
| aswani April 18, 2004 03:29 AM PDT semua pelajar-pelajar AF1 memang bagus. kak nana,rosma,atie,liza,nija,azza, bang vince,burn,azizi,sahri,adi,khai n nemo ..semua apa khabar? | ||
| elyaa qistina April 16, 2004 01:26 PM PDT aku pun x sangka semua pelajar AF yang beragama islam berpeluk-pelukan dengan orang yang bukan muhrim.Diorang nii x tau ker hukum hakam nya.... | ||
| nurul April 7, 2004 03:27 PM PDT saya ni masih bersekolah.saya baru berusia 15tahun.apa yg saya nak cakap saya sangat suka kepada papa nemo dan mama nemo,rahsia. hari tubkas pelajar af datang kat rumah saya plajar ni ramai org tak suka kat dia kalau sebut nama dia pun org rasa meluat tapi saya tidak.sepatutnya khai mendapat no.1,bukannya vincent.sekian. | ||
| rgee2413 April 4, 2004 07:54 PM PDT tahniah kepada anda yg prihatin dan tetap sayang dan mempertahankan islam,kpd farra,ingatlah walaupun kubur tu masing2 tapi bala yang turun bukan kena pd sorang tapi pada semua. wassalam.toda group | ||
| Name yahoo April 1, 2004 02:38 PM PST tak baik korang ni tak tahu ker diorang sedi tau.aku tahu korang cemburukan? | ||
| farra March 28, 2004 06:21 PM PST kubur lain2,so suke hati dia oranglah.mak bapak dia orang tak marah korang sebok apa,kutuk orang pun dosa jugak soooo buatlah keja sendiri tak payah jaga tepi kain orang oooookkkkkk...................... | ||
| Name March 24, 2004 09:54 AM PST teruskan perjuangan anda | ||
| yat March 16, 2004 11:06 AM PST kakau dah haram tetap haram,tak payah nak bagi alasan. | ||
| yat March 16, 2004 11:06 AM PST kakau dah haram tetap haram,tak payah nak bagi alasan. | ||
| Name March 8, 2004 10:41 PM PST tak semestinyer!!!!!!!!!!!!!!1 mungkin 50-50 | ||
| ROZA March 1, 2004 01:52 PM PST A.F memang sebuah t.v yang menyeronokan.Aku minat Khai,Azza,Adie. | ||
| Arlene February 20, 2004 07:29 PM PST Oh I was rooting for Vince too, he's the best. Too bad Nemo isn't in the competition, I would have voted Nemo No.1 and Vince the second..hehe.. and what do I have to say about Liza? She's the greatest. You GO GIRL! :) | ||
| Vince February 20, 2004 04:49 PM PST Liza(AF) pun rasa begitu..Liza tak patut peluk-peluk peserta lain..tapi Liza sedih sangat waktu tu..tak boleh nak tahan..terutamanya kalau Vince keluar..nasib baik dia tak keluar.. | ||
| Arlene February 19, 2004 07:54 PM PST what is wrong with comforting hugging and kissing? what's wrong when a person sharing his or her's happiness and sadness with one another as nothing more than friends. what is wrong with pure and sincere human contact? Afterall, a touch shows affection. People who dissed such actions is not modernised AT ALL. Yes, means they still live millions years era ago. In other words, they're 'ketinggalan dan tidak mengikut edaran masa'. Just imagine and yes it's true you can see a LOT muslim-malay around us are doing as you say, 'disgusting and shamefull action' EVERYWHERE. from pre-teens to adults, and as we all know the media is probably the biggest influence. But do you HAVE to dissed those poor people from Akademi Fantasia? Come on, they're just showing what you call human affection. yes, they're just human with feelings. Did the show said anything about girls and boys sleeping in the same room? No. So they're you have it, just because they're KISSING and HUGGING that doesn't mean they commit 'ZINA'. So if IT IS wrong for muslims to touch girls and boys, well, they're all grown-up, they all studied 'agama' before, sure they know what's right and wrong, so let them be the judge for their lives. Why do YOU have to judge them before their own punishement (if what they did were really sins). Please stop descriminating people like that. You have to realize that you're not perfect either. They're not perfect, all of us don't. Try to put aside the religion and nationality matters for this just once and look from the different perspectives. These 12 wonderful people we see in AF are only human as we are who were only showing the true value of friendship, affectiones, caring, respects, showmanship, love, and gratitude. I think they're lucky to get the chance to show everyone who their true selves are and proud of it too. If any of you don't agree with me, well, I can't stop that can I? You're freely so say whatever you want to say in your mind. But just a one small reminder: Open up your mind for crying out loud! | ||
| SOMEONE MYSTERY January 31, 2004 05:30 PM PST SAYA RASA APA YANG DIKOMEN ITU BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.PELAJAR AF DAH TAKDA MALU KE HAH?. SEDIH MACAM MANA PUN ,DAH TAK INGAT AGAMA KE. AWAK TU ORG ISLAM(UTK PELAJAR AF YG BERAGAMA ISLAM).ASTAGFIRULLAHALAZIM!!!!! | ||
| SOMEONE MYSTERY January 31, 2004 05:29 PM PST SAYA RASA APA YANG DIKOMEN ITU BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.PELAJAR AF DAH TAKDA MALU KE HAH?. SEDIH MACAM MANA PUN ,DAH TAK INGAT AGAMA KE. AWAK TU ORG ISLAM(UTK PELAJAR AF YG BERAGAMA ISLAM).ASTAGFIRULLAHALAZIM!!!!! | ||
| Leave a Comment: |